Assalamualaikum…
yer adik-adik, bertemu lagik kiter dalam ruangan mari berborak bersama orang sewel, ako ari nih nak sambong aper yang ako dah muler itu hari, iaitu kesah dan peristiwa dalam hidop ako yang berkesinambungan dengan tragedi dan jenayah D9, hAhahAHAH "yang menang akan jadik abang besar, tak perlu gusar, kiri kanan akan ada orang jaga"- samseng, samseng, samseng, samseng…~
1st kes/Mac 2005/Gombak- Part 2
lepas jerk ako gerak pegik public tuh terus ako call brader yang ako maksudkan tuh. ako bukan citer bohong ngan mamat nih, kalau nak ikotkan ako bleh jerk lari dari situ, tapi bender nih nak kener settle dengan baik dan bernas, so ako pon letak ler jacket kesayangan ako kat situ sebagai cagaran untok menunjukkan ako akan kembali semula untuk menuntut hak ako, eceh.
"alo, PT… ko dah tido ker? budak yang ako citer tuh nak jumper ko… dia taknak settle dengan baik, ako pon tak tau nak cakap aper dengan mangkok tuh…"
"aarr mie, ko tunggu, dalam setengah jam ako sampai"
"ok"
ako pon pegik balik tempat si gampang tuh. dia dengan duduk tegak sambil silang tangan, samseng gilerrr~!! arghhh… segan abang… AHhAhAHAH, ako pon dok balik situh..
"ako dah tepon dah, jap lagik dia sampai.."
setengah jam yang dijanjikan tu menjadi satu jam, masa tuh dah dekat pukol 3 pagi, perghh mengantuk lu orang jangan citer ler… naik pecah tempurung kepala ako nih, nasib baik la mamat nih orang, kalau karipap dah lama ako makan. dia ako tengok kejap duduk tegak, kejap duduk mengereng. ah.. mampos ko la, saper suro buat kejer bodo macam nih… sambil tunggu ako takder cakap aper dengan beruk nih, ako isap rokok pastuh sajer jerk ako hembus asap kat muka dia, tak berani pon dia bertindak… AHhAhaHaHaH tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu… brader tuh pon sampai, dia naik kereta dengan empat lima orang kawan dia (yang lepas peristiwa tuh ako dapat tau yang kengkawan dia malam tuh sorang pon takder terlibat dengan mana-mana organisasi gelap atau terang).
brader yang diberi nama PT pon datang kearah meja ako dan duduk se table dengan kami. dia salam ako dan salam budak NZ tuh… siap dengan gaya dorang larr… yang ako perasan PT nak kunci salam budak tuh, tetiber budak tuh macam nak sentap lepas dari cengkaman berapi PT, dengan sepantas kilat (heh!) PT sambar balik tangan dia dan bermula la sesi soal jawab… PT tanya nama dia, tanya dia simpang maner, tanya saper ayahanda dia, tanya beberapa soalan lagik yang ako pon malas nak amik port, pastuh baru dia lepas tangan budak tuh. PT terus tanya ako…
"mie, aper halnyer, cuba ko citer dengan ako"
"ntahler PT, ko tanya la mangkok nih, ako malas nak citer, kang dia kater ako citer lain" menyirap jerk muka mamat tuh dengar panggilan yang ako berikan percuma tanpa penalty untuk dia.
"hah.. ko citer ler pasal aper halnyer dengan sepupu ako nih?"
starting jerk ayat tuh budak tuh terus tinggi suara
"TAKDER BANG… DIA NIH DAH KURANG AJAR DENGAN SAYA!!!"
tak semena-mena PT terus tunjukkan jari telunjuk dia tepat kat muka budak tu dan berkata..
"bahasa..!"
budak tuh terkedu… dan lepas tuh terus jerk lembut gaya lenggok bahasa dia… AHhAhAHa nak tergelak gak ako… tak pro langsung… nak jadik Chang Ho Nam pon study ler abis-abis…
"takder bang, dia nih bang, dia berkokok dengan awek dia macam-macam nak kunci la, nak pegang saya la…" dan terus daripada tu PT terus jerk potong ayat dia..
"kiranya nih ada sangkot paut dengan perempuan ler? ko pon tau dalam hal macam nih, pasal perempuan tak boleh nak dibawak ke dalam hal adik-beradik" PT sambung lagik "jadi ako rasa bender nih settle dengan cara baik jerk la, takda pekdah nak gaduh pasal perempuan nih" budak tuh tak puas ati dengan jawapan dari PT.
"dia dah kira menjatuhkan maruah dan air muka saya bang" perghh berbunga ayat gampang nih… AHAHhAha sedih akak dengar citer ko…
"abis tu kau nak buat aako buat aper dengan dia?" dia yang dimaksudkan ialah ako.
"kalau ikot kan dia kener bayar ‘dam‘, 360"
"dia bukan orang dalam, apasal nak kena bayar dam. tak boleh" pergh RM360, senang-senang jer dia nak pow ako, ingat ayah ako cop duit, pastuh senang-senang bagi dia. setelah melalui perbincangan dan borak kosong, budak tuh pon terpaksa berundur dari mahkhamah tepi jalan tuh…
"takper la bang, saya harap abang dapatla mengajikan dia nih, ikot cara abang la"
"kan aku cakap dia bukan orang dalam, takper nantik ako nasihatkan la dia apa yang patot, kira bender nih settle dekat sinih, taknak lepas nih ako dengar macam-macam hal lagik"
budak tuh pon terpaksa akur dan benda tuh settle takat tu. kami bertiga pon bangun serentak dengan tuh, brader yang dok meja sebelah yang tiga orang tuh pon bangun jugak, dorang terus dapatkan PT. dorang tarik PT pegik sebelah kereta PT dan cakap sesuatu, ako tak join pasal ako malas nak masok campor dah. lama gak dorang kat situ dan akhirnya dorang pon blah dari situ…
dari PT aku dapat tau yang brader NZ tak puas ati, dan nak jugak pow ako 360, PT pon dengan baik cakap la yang hal nih hal babitkan perempuan dan bender nih tak rasional. dorang tak puas ati jugak dan paksa jugak PT mintak ako bayar ‘dam‘ tu. PT ako rasa dah payah sangat budak-budak nih terus jer cakap…
"takper la, kalau korang tak puas ati, aku panggil sorang jer…"
abis jer ayat tu, dorang terus mengalah… memula ako tak paham… rupanya sorang yang dimaksudkan tuh ialah orang yang mempunyai pangkat tertinggi dalam organisasi nih, dia yang dimaksudkan adalah Ayahanda PT. PT cakap dengan ako kalau ayahanda masok campor, kemungkinan besar kitorang menang kes nih dan kitorang pulak yang boleh pow dorang sebanyak RM9900. ako pon tak berapa paham. PT cakap kalau budak tuh pukol ako malam tu, dengan bantuan dia, budak tuh strait to the point boleh terus di pow sebanyak 9900 tu. perghh apsal la ako tak suruh dia pukol jerk ako, kalau tak kaya terus ako malam tuh… AHAhahha bodoh… okeihh.. kes ditutup…
kat sinih ako bukan nak cakap yang ako power, atau budak gombak power, atau budak KL power… tapi apa yang ako nak terangkan, betapa bangang dan moronjumlusnya bebudak baru nak naik macam NZ nih nak mengejar kemewahan, aperler bodoh datang tempat orang buat kacau macam tu. ako bukan tak nak join organisasi nih, ako ada terpikir untuk join, tapi pada pendapat ako, ako dah rasa cukop selamat duduk kat tempat ako lahir dan membesar, tak perlu join mana-mana kongsi gelap untuk dapatkan kekuatan dan kuasa, cukup ko kumpol kawan-kawan dan kenalan ko dan jaga persahabatan ko dengan orang sekeliling ko dengan baik. link yang ko buat dengan masyarakat setempat dan sekeliling mantap dan bagus, tak payah ada mana-mana kumpulan hitam untuk backup ko… kesimpulannya… ako rasa pertubuhan nih baik dan berfaedah kalau ia di gunakan ke jalan yang baik dan tak mengganggu orang… budak macam NZ nih la yang merosakkan kewujudan kumpulan-kumpulan nih….
lepas jerk dari peristiwa tuh, terus nama ako naik kat area ako tinggal, sampai kengkawan x-scool menkeb ako pon biler jumper ako mesti tanya pasal bender nih. naik rimas ako. ada yang nak tolong ako return balik ler, ada yang nak tolong ako itu ler ini ler, ako cakap tak payah… dah settle… so…. wallaa~!!!!!!
"ketawa penawar duka, ketawa lepas luka kat lutut pasal jatuh beskal pon kengkadang boleh kasi sakit tu ilang, tapi kejap jerk arr… lepas tuh nangis.."
-Yang Celaru
double line…