huh? semekom…
akhir2 ini ako agak sukar untuk mengepos blog buduh ako ini. karena akhir2 ini ako sedikit payah dalam erti kata mudahnya, kesukaran untuk beroda, ini karena ketidak adaan kenderaan rasmi ako, iaitu kancil buduh ako yg selama ini ako usung keulu keilir, sudahpun tamat tempoh khidmatnya dengan ako. ako telahpon kepatahan sayap ketika ini kerana tidak lah ako lagi punya akan apa2 sayap untok terus terbang di alam buana ini hendaknya. telahlah ako jual atau dengan ertinya ku campakkan beban tanggungan bayaran bulanan kancil tersebut kepada pemilik baru hendaknya. sekarang ini berkira2 kiralah ako untuk memilik tunggalkan pemilikan baharu kenderaan bersayap dan beroda, untuk mudahnya ako melayang seperti sediakala hendaknya. lalu keakhiran ini ako khabarkan berita ini kepada sang penjiwa tunggal iaitu ayahanda ako sendiri tentang perkhabaran dimana ako ingin miliki sebuah kenderaan lagi. walaupun ako sudah mempunyai seekor tenggiling jenama suzuki model vs125, tetapi tunggangan itu ketika ini sedang gering karena ako berlaku durja dan membikin tunggangan itu sugul dan tidak merasakan beliau hensem maka dengan itu merajuklah ia karena tidak ako jamah tubuhnya sekian lama.
merajuk lah ia tunggangan itu untuk bangkit dari lenanya yang amat panjang sekali, jika diukur panjangnya lena itu dengan pita ukur, maka habislah semua pita ukur di kamdar, maiden dan globe hendaknya. lapan belas purnama ako tidak menyentuh tubuh mungil tenggiling itu, sehingga kurap dan panaunya pun ako tidak endahkan.
Maka dengan sayugianya ako ingin bertanya kepada kenalan dan sahabatku sekalian, bertanyalah kalian jua kepada sepelusuk buana akan perkhabaran ini hendaknya, alangkah gembiranya jika ada antara kalian yang terdengar di cuping telinga atau terdengar kabar2 dari negeri atas angin akan kiranya sesiapa yang ingin menjual kenderaan Kelisa ataupun Kenari. bukanlah yang dimaksudkan ikan kelisa ataupun burung kenari yang bersiul, bodohlah kiranya mereka2 yang beranggapan demikian kiranya.
"Ane’… kasi kira ini table"
sayugia juga perkhabaran penting dan mustahak dari ketiadaan ako selama enam purnama ini karena sedanglah ako menyiapkan sabuah blog lagi kiranya. sesudah siap sahaja blog tersebut sepenuhnya, akan ku khabarkan jua kepada kalian rakan dan taulan di luar sana….
-Yang Celaru
mie, aku ada satu volvo lama, tahun tak brapa ingat, rege RM7K jer. kalau mau. kasi contact sama aku aa
April 10, 2007 @ 10:35 am