BARISAN BERTINDAK PENDUDUK PERKAMPUNGAN TRADISI MELAYU KAMPUNG PADANG BALANG
D/A MASJID SAIDINA ALI K.W. KAMPUNG PADANG BALANG, SENTUL 51100 KUALA LUMPUR
MEMORANDUM KEPADA DATUK BANDAR K.L
1.0 TAJUK
Pandangan Awam /
membantah Draf Kuala Lumpur 2020 Pelan Bandar Raya Bagi Kampung Padang
Balang, Sentul, 51100 Kuala Lumpur & Memberi Cadangan Balas.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Sejarah Kampung Padang Balang
Kampung Padang Balang
adalah satu-satunya Kampung Tradisi Melayu / Islam, yang masih wujud
dalam Bandar Raya Metropolitan Kuala Lumpur. Status tanahnya adalah Tanah Rizab Melayu; iaitu pemilik mempunyai Geran Merah dan 99.99% darinya masih lagi Tanah Pertanian.
Kampung ini diterokai
oleh nenek moyang kami penduduk asal pada tahun 1840an. Semua
peneroka-peneroka ini adalah berketurunan Minangkabau, dari Batang
Kapas, dan Kuantan, Sumatera Barat. Mereka berhijrah dari kampung asal
mereka di daerah Minangkabau ke Tanah Melayu. Satu lagi keturunan
Minangkabau adalah dari Paya Kumbuh. Mereka ini pula datang dari Negeri
Sembilan. Antara peneroka yang tersohor adalah Tok Balang, Tok Sati,
Tok Johan dan Tok Samang. Mereka ini ada pengikut-pengikut (anak buah)
masing-masing.
Peneroka-peneroka ini
ketika itu telah menubuhkan dua buah penempatan iaitu; Kampung Paya
Rumput, dihulu (sekitar Masjid Jamek Kampung Padang Balang kini), dan
(Kampung Padang Balang, dihilir (sekitar Surau Jumaeah).
Kampung Padang Balang
mempunyai sejarahya tersendiri. Nama kampung ini berasal dari sebuah
padang bola yang terdapat di Kampung Padang Balang Hilir sekarang.
Sekitar padang bola ini terdapat pokok lalang yang mana daunnya
berbelang-belang (loghat Minangkabau untuk belang adalah balang). Oleh
itu penempatan ini pada asalnya di panggil Kampung Padang Balang Daun
Berbalang-balang. Direngkaskan sebutan iaitu dengan nama Kampung Padang
Balang.
Wujud persengketaan di
antara penduduk dua perkampungan ini. Suatu penyelesaian dan kata
muafakat telah dicapai dan hasilnya terbinanya Masjid Jamek Kampung
Padang Balang sekarang ini secara gotong royong. Bahan kayu kayan untuk
masjid diramu dari hutan sekitar kampung ini.
Mereka menggunakan
gergaji kapak dan beliong. Enam tiang utama/seri masjid ini yang diramu
dari pokok-pokok hutan masih kekal hingga kehari ini. Masjid siap
dibina sekitar 1904. Lantai ruang utama masjid ini terbahagi dua;
sebahagian dibina oleh keturunan Minang Batang Kapas dan sebahagian
lagi Minang Kuantan. Pemuafakatan itu juga menggugurkan nama Kampung
Paya Rumput.
Oleh yang demikian adalah
keterlaluan dan meleset mereka yang berpendapat dan mendokumentasikan
kampung Melayu tradisi ini; Tanah Rizab Melayu, bergeran Merah sebagai
kawasan SETINGGAN dan KAWASAN KEDIAMAN USANG (Ruj:6.4 Jilid 1 Pelan
Bandar Raya KL 2020).
2.2 Kampung Padang Balang, Sekarang
Kampung ini luasnya
kira-kira 6 kilometer persegi; persempadannya di Utara, Taman Melewar
dan Taman Rowther dan Taman Koperasi Polis Fasa 1, di timur Sungai
Gombak, di seberang sungai ini ialah Kampung Sungai Mulia dan kampung
Bandar Dalam, di selatan Kampung Chubadak dan di barat Lebuh Raya Kuala
Lumpur-Karak. Taman Melewar, Taman Rowther, Taman Koperasi Polis Fasa 1
dan Lebuhraya KL-Karak adalah satu ketika dahuu Estat Getah Orang
Inggeris, dikenali oleh penduduk ketika itu “kebun putih”. Kampung ini
telah digazetkan sebagai Kampung Padang Balang pada tahun 1945. Pemilik
tanah di kampung telah diistiharkan sebagai memiliki tanah. “Geran
Merah” yang bermaksud pemilik tanah tidak dibenarkan menjual milik
mereka kepada orang bukan Melayu dan sebaliknya.
Sebelum digazetkan
kampung telah pun dikenali sebagai kampung Padang Balang, sedangkan
kampung-kampung jiran dikenali mengikut jaraknya lokasi kampung
tersebut dari ibu kota Kuala Llumpur, seperti Kampung Bandar Dalam –
Batu 41/4, Sengai Merali – Batu 4 Hilir dan Kampung Sungai Mulia – Batu Lima(Kampung gua yang ni!).
Kampung Padang Balang juga dikenali oleh orang Minang dari Sumatera
sebagai “Segambuik”
Jumlah penduduk kampung ini sekarang adalah sekitar 10,000 orang 1 kesemuanya 100% orang Melayu /
Islam; cucu-cicit-piut (anak watan) (30%) pendatang dari pelbagai
negeri di Semenanjung seramai (70%). Penduduk 70% itu terdiri daripada
mereka yang menyewa rumah akan tetapi sebilangan besar adalah mereka
yang membeli tanah dan mendirikan rumah di kampung ini; iaitu mereka
meninggalkan kampung asal (tempat lahir mereka) dan memilih Kampung
Padang Balang sebagai kampung halaman mereka. Ramai juga di kalangan
keluarga ini yang telahpun meninggal di kampung dan dikebumikan di
sini. Kampung Padang Balang menjadi kampung “Melting Pot” kepada orang
Melayu dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Oleh itu terdapat
pelbagai dialek dituturkan dan berbagai budaya diamalkan yang berasal
dari negeri kelahiran mereka.
Kampung ini telah
mendapat kemudahan bekalan elektrik dan air pada wal tahun 70an.
Jalan-jalan kampung yang diwakafkan oleh tuan-tuan tanah dan dibina
secara gotong-royong oleh peneroka, telah dinaiktaraf kepada jalan
asphalf pada awal tahun 80an. Begitu juga dengan kemudahan talipon pada
tahun 80an. Suasana perkampungan Melayu itu masih kekal di kampung ini,
dengan kehijauan dalam sekitar, kiacauan burung-burung dan mergastua.
Sikap bergotong-royong di kalangan penduduknya masih lagi diamalkan,
khususnya apabila ada kenduri kerja kahwin, keraian, kematian dan
membersih masjid/surau.
Di kampung ini terdapat
Pusat Pengajian Islam : Tahfiz Darul Furqan yang menawarkan pengajian
menghafal Al-Quran dan Kelas Akademik ; tahun 1988 telah melahirkan
ramai Hafiz dan Hafzah. Ramai juga bekas pelajarnya yang melanjutkan
pelajaran dan berkelulusan ijazah dari Jordan, Mesir, Turkey dan Syira.
Dari aspek sosioekonomi
dan pendapatan ; sebilangan besar penduduk di kampung adalah dari
kumpulan berpendapatan di bawah RM2,000.00.
3.0 Draf Kuala Lumpur 2020 Pelan Bandar Raya ;
Buku Jilid 1, Pelan Bandar Raya : 6.1 & 7.6
Buku Jilid 2 Bahagian 1, Pelan Kawalan Pembangunan KL 2008, 4.19 Rajah 4.1
Buku Jilid 2 Bahagian 2, Peta Guna Tanah & Intensiti ; Peta 033 & Peta 049
Dinyatakan di sini bahawa
berpandukan kepada Peta 049, Zon Guna Tanah, MEMORANDUM ini
mengambilkira juga lot-lot tanah jiran kampung Padang Balang iaitu
lot-lot apa yang dikenali oleh penduduknya “Kampung Bandar Dalam”.
Sejumlah 76 lot tanah, kira-kira 80% daripada keseluruhan lot tanah di
kampung ini terlibat dalam pembangunan / pembinaan prasarana dan
kemudahan berikut :-
3.1 Pembinaan Stesen dan Zon Perancangan Transit (ZPT) LRT,
3.2 Pembinaan laluan LRT
3.3 Pembinaan jalan-jalan (service-road) baru,
3.4 Perluasan jalan-jalan sedia ada,
3.5 Pembinaan Pusat Kesihatan,
3.6 Pembinaan Pusat Komuniti.
3.7 Koridor Persisiran Sungai Gombak
Lot-lot tanah terlibat
seperti dalam cadangan adalah ‘ lot 2547, lot 2762, lot 2763, lot 3761,
lot 3760, lot 3237, lot 2757, lot 2756, lot 3225, lot 2473, lot 569,
lot 557, lot 580, lot 2545, lot 2546, lot 561, lot 575, lot 3084, lot
2806, lot 2805, lot 124, lot 1571, lot 2973, lot 2098, lot 2097, lot
1568, lot 2285, lot 2799, lot 2796, lot 2573, lot 2940, lot 1558, lot
1563, lot 1565, lot 2266, lot 2267, lot 2291, lot 2960, lot 2125, lot
653, lot 540, lot 1617, lot 1616, lot 536, lot 562, lot 565, lot 123,
lot 122, lot 121, lot 2776, lot 2777, lot 2778, lot 119, lot 118, lot
2918, lot 2919, lot 2540, lot 552, lot 553, lot 2539, lot 2920, lot
2290, lot 555, lot 3224, lot 1647, lot 552, lot 554, lot 555, lot 553,
lot 559, lot 1647, lot 1675, lot 3223, lot 3205, lot 3206.
4.0 KESAN / IMPAK PELAKSANAAN PELAN BANDAR RAYA 2020
4.1 Pemilikan Hartanah Dan Alam Sekitar.
Pembinaan laluan LRT, dua
stesenya serta mewujudkan zon perancagan transit, jalanraya dan
kemudahan-kemudahan tertentu yang dirancang di tengah dan pinggiran
kampung ini yang padat dengan rumah dan tanaman yang menghijau di
kampung ini, akan mengakibatkan lebih daripada 300 keluarga, dengan
seramai lebih dari 4, 000 penghuni akan kehilangan rumahtangga dan
hartanah. Sebahagian besar daripada mereka ini yang malang ini terdiri
daripada ini berpendapatan di bawah RM2,000.00 sebulan dan mempunyai
anak yang masih bersekolah.
4.2 Institusi Keluarga & Warisan
Pembangunan ini juga
memberi kesan “displacement” / penyahan orang-orang Melayu Islam dan
memecahbelahkan sistem kekeluargaan, silaturahim penduduk kampung ini.
Penduduk asal kampung ini adalah generasi ketiga dan keempat peneroka
dan mereka telah mendirikan rumah di tanah pusaka nenek moyang mereka.
Ramai di antara mereka ini adalah adik-beradik, saudara mara dan
tinggal berjiran. Oleh itu proses pembangunan ini akan menghapuskan
rumah-rumah warisan.
4.3 Institusi Agam : Tahfiz Darul Furqan (Lot 2756 & 2757), Madrasah Othmaniah (Lot 2290), Tabika Kemas dan Pasti
Laluan LRT dan pembinaan
stesyennya serta zon Perancangan Transit dicadang tepat pada lokasi
terbinanya institusi Tahfiz Darul Furqan, pusa pengajian menghafal
Al-Quran. Pembinaan laluan dan stesen tersebut melibatkan surau,
bilik-bilik darjah, pejabat, asrama dan rumah guru. Ada sejumlah 535
orang pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang Al-Quran Penuntut
di Institusi ini bukan sahaja berasal dari sekitar lembah Kelang bahkan
datang dari seluruh negara dan juga dari Negara Asean seperti
Kampuchia, Vietnam, Brunei. Seramai 50 orang guru dan petugas
berkhidmat di pusat ini.
Zon perancangan transit
pula melibatkan sebuah madrasah ; Madrasah Othmaniah, Tabika KEMAS, dan
Pasti. Madrasah ini seperti surau / madrasah yang terdapat di kampung
dibina atas usaha dan didirikan di atas tanah yang diwakafkan oleh
penduduk / para dermawan. Madrasah ini baru sahaja diap dibaikpulih
dari peruntukan JAKIM.
Tabika Kemas menggunakan
Dewan Orang Ramai Kampung ini. Ianya adalah di bawah kelolaan dan
urusan Jabatan Kebajikan Masarakat. Sedangkan Pasti adalah tadika
bimbingan islam yang dikelolakan oleh Pasti Ismail Malaysia.
5.0 Rasional Bantahan / Pandangan Awam
Kami bukan SETINGGAN dan sesungguhnya dengan mendokumentasikan kami
sebagai SETINGGAN adalah
berniat jahat dan menghina nenek moyang kami ; peneroka kampung ini.
Fobia oleh pihak berniat jahat ini menyebabkan perancangannya untuk
kampung kami yang tercinta ini dilakukan tanpa pertimbangan
perikemanusiaan dan amat zalim.
Sungguhpun demikian kami
menghantar bantahan / pandangan awam oleh oenduduk terhadap Draf Bandar
Raya 2020 (Pelan Tempatan) ini bukan bertujuan untuk menolak
pembangunan bagi kampung ini, akan tetapi ia bertujuan untuk
mendapatkan pembangunan yang mampan, bersifat kebajikan, membela dan
memanfaat, membawa kedamaian, keharmonian apatah lagi memartabatkan
agama dan maruah bangsa.
Pertimbangan yang wajar
berteraskan semangat kesedaran dan pembelaan, bukannya menzalimi tanoa
belas ehsan, perlu diambilkira memenuhi tanggungjawab sosial, mesra
alam serta membawa suasana menang-menang (win-win situation) bagi semua
pihak terlibat. Tidak untuk meminggirkan bangsa sendiri dengan
“merampas merobek” equiti hakmilik (bangsa Melayu) yang dipusakai dari
nenek moyang mereka, demi mencapai wawasan “Kuala Lumpur – sebuah
Bandar Raya Bertaraf Dunia” pada tahun 2020
Adalah wajar bagi kita memilih Kota New York, London atau Paris sebagai kayu ukur (yardstick)
untuk membangun dan maniktaraf Kuala Lumpur sebagai Bandar Raya
bertaraf Dunia? Apakah kita berasa megah apabila Kuala Lumpur dapat
“menciplak”mKota New York? Adakah untuk meleraikan kesesakan lalu
lintas kelak kita gadaikan bangsa, agama dan maruah kita?. Tidakkan
kita memiliki jatidiri, aspirasi dan mempunyai inspirasi serta nilai
seni untuk menjana wawasan yang menjadikan Kuala Lumpur mengikut identiti dan citarasa bangsa dan agama dan warisan kita orang Melayu?
5.1 Pemilikan Hartanah dan Alam Sekitar
Kemusnahan pemilikan
hartanah dan alam sekitar dapat dikurangkan sekiranya perancangan tidak
melibat kawasan padat penduduk – Pembangunan yag dirancang mellibatkan
separuh dari seluruh keluasan tanah kampung ini jelas menzalimi kami
penduduk kerana menidakan hakmilik kami ran warisan kami.
5.1.2 Jalan-jalan baru
Jalan-jalan baru yang
dirancang melibatkan kawasan perumahan, sedangkan jalan ini tidak
diperlukan dan kurang memnafaatkan penduduk. Jalan-jalan yang berkenaan
akan mengundang bahaya bagi kami penduduk. Jalan yang dibina perlu
disediakan penghadang tepi dibahu jalan bagi mengelakkan kemalangan
jiwa.
5.1.3 Laluan LRT, Stesennya Zon Perancnagan Transit (ZPT)
Terdapat tiga stesen LRT,
stesen Taman Pelangi, Bandar Dalam dan Kampung Padang Balang, yang jauh
di antara mereka tidak sampai satu kilometer. Apa rasionalnya membina
stesen yang terlalu rapat jaraknya sedangkan di Pusat Bandar Raya jauh
diantaranya adalah satu kilometer atau lebih. Mengikut rancangan,
setiap ZPT berkenaan memerlukan kawasan lingkaran sepanjang 800m. Ini
menyebabkan Zon Perancangan Transit ini bertindih.
Apa rasionalnya sehingga
membina tiga stesen dan ZPT masing-masing yang terlalu dekat dan
bertindih. Apa salahnya kalau dibina satu sahaja stesen tanpa ZPT nya.
Stesen boleh dibina di lokasi tidak padat penduduknya serta tidak
dilengkapkan dengan kawasan parker (letak kereta).
Akibatnya jika tidak,
ratusan buah rumah, iaitu puluhan ekar tanah terlibat dan pepohon,
tanaman sekitar rumah-rumah akan musnah. Paling menyayat hati
pembangunan ini akan mengorban Tahfiz Darul Furqan, tempat menyebarkan
syariat islam, agama yang kita cintai. Begitu juga Madrasah Othmaniah
yang kita tahu apa fungsi sebuah surau itu.
Pertimbangan sewajarnya
perlu diambilkira bagi mengelakkan kemusnahan dan kehancuran bukan
sahaja dari aspek fizikal bahkan dari segi rohani, spiritual dan
jatidiri yang akan berlaku. Bukan untuk menjadikan individu-individu
yang sudah kaya menjadi bertambah kaya. Dengan tambahan pula dari segi
perkiraan kasar ia dapat mengurangkan kos pembinaan.
Kampung ini juga adalah satu-satunya lagi kawasan “green-lung” yang masih segar bagi Kuala Lumpur.
5.2 Institusi Agama (Tahfiz Darul Furqan & Madrasah Othmaniah)
Institusi ini dibina di
atas tanah dan bangunannya yang diwakafkan oleh orang ramai, Masjid
Jamek pula dibina dengan titik peluh dan keringat peneroka.
Persoalannya ke mana
lokasi baru institusi ini di kampung Padang Balang kan dipindahkan jika
yang bertanggungjawab bersedia untuk mengganti mereka, kerana kampung
ini tidak lagi mempunyai kawasan seluas yang diperlukan.
Oleh demikian siapakah
akan bertanggungjawab bagi meneruskan pahala dan fadilat wakaf kepada
penderma yang telah mengimpakan harta mereka, jika institusi tersebut
dimusnahkan 350 pelajar akan kehilangan mata pencarian. Yang sedihnya
mereka hilang khidmat untuk mencurah ilmu agama kearah membina insan
yang soleh / soleha, beriman dan bertaqwa yang akan menjadi pemimpin
yang berakhlak pada masa hadapan. Kemana mereka akan disalurkan dan
siapa akan bertanggungjawab keatas mereka ini. Inikah nilai yang perlu
diterapkan salam sebuah negara islam? Perlembagaan Negara mengkanunkan
bahawa Agama Islam adalah agama rasmi negara.
Pertimbangan sewajarnya
perlu diambilkira bagi mengelakkan kemusnahan dan kehancuran bukan
sahaja dari aspek fizikal bahkan dari segi rohani, spiritual dan
jatidiri yang akan berlaku terhadap kita orang Melayu / Islam. Bulan
untuk menjadikan individu-individu yang sudah kaya menjadi bertambah
kaya raya. Hanya untuk meleraikan kesesakan lalulintas dan menjadikan
Kuala Lumpur sebuah kotaraya bertaraf Dunia kita sanggup menggadaikan
bangsa, agama dan sedikit hartanah yang kita miliki ini.
Tidak keterlaluan kalau
diandaikan pembangunan seperti ini seolah-olah terdapat tangan-tangan
tertentu yang bersekongkol dalam suatu pakatan halus dengan pihak
Yahudi semata-mata bertujuan untuk memusnah dan memporakperandakan
bangsa Melayu dan Agama Islam.
Perancangan ini
melibatkan dua buah pusat bimbingan kanak-kanak pra sekolah; Pasti dan
Tabika Kemas. Ada seramai 150 orang kanak-kanak yang belajar di
pusat-pusat tersebut. Kadar yuran disini adalah murah, berpatutan
dengan kemampuan ibubapa kanak-kanak tersebut yang tinggal dikampung
ini.
Kami penduduk berasa amat
dukacita sekiranya ini berlaku, maka tidak ada lagi ratusan insan yang
senantiasa menyebut nama illahi di kampung ini. Sedangkan seorang
muslim itu percaya bahawa dengan senantiasa menyebut nama Allah akan
membawa barakah kepada kampung ini bahkan Kotaraya Kuala Lumpur.
5.3 Institusi Kekeluargaan dan Warisan
Kesan pelaksanaan
pembangunan terhadap kampung ini juga akan membawa suatu bencana dan
kemusnahan dari segi kemanusiaan kepada kami penduduk. Akan berlaku
PENYAHAN dan peminggiran BANGSA MELAYU bahkan merampas pemilikan equiti
hartanah orang Melayu di Bandar Raya Kuala Lumpur, Penyahan bangsa
Melayu di tanah tumpah darahnya, adalah proses penganiayaan dan amat
zalim, dan tidak berperikemanusiaan. Bahkan semenjak tertubuhnya Bandar
Raya ini jumlah orang Melayu sudahpun menjadi kaum “minority”.
Pembangunan tersebut akan
memisahkan keluarga ; memutuskan silaturahim ? Mereka ini bukan
SETINGGAN, mereka mewarisi tanah pusaka nenek moyang mereka bergeran
dan brestatus Tanah Rizab Melayu! Apakah ini releven dengan usaha
kerajaan untuk membela nasib dan meningkatkan ekonomi orang Melayu.
Persoalan kemana mereka ini akan di NYAHKAN ?
Sehubungan dengan itu
seramai 50 orang guru dan petugas dari Tahfiz Darul Furqan akan
kehilangan punca pendapatan sedangkan khidmat bakti mereka adalah
kearah membina insan yang soleh/soleha, beriman dan bertaqwa.
Kebanyakkan mereka ini bukan anak tempatan.
6.0 Cadangan Balas
Bagi mengelakkan dan
mengurangkan kadar penyahan/peminggiran bangsa Melayu / Islam dituruti
dengan kemusnahan hakmilik Melayu derta penderitaan yang akan berlaku
sekiranya perancangan ini tidak diberi pertimbangan sewajarnya. Barisan
Bertindak Penduduk Kampung Padang Balang mengutarakan cadang balas
seperti berikut :-
6.1 Laluan, Stesen dan Zon Perancangan Transit LRT
Adakah satu stesen sahaja
bagi laluan LRT di kawasan ini. Stesennya itu pula tidak memerlukan
kawasan letak kenderaan seperti yang terdapat di laluan dalam pusat
Bandar. Laluan dan stesennya pula dialihkan suapaya ia menyusuri
Lebuhraya DUKE yang dalam pembinaan.
Stesennya dilokasi Tahfiz
Darul Furqan turut dialihkan. Kesannya laluan alternative ini tidak
melibatkan kawasan padat perumahan dan tidak memusnahkan Darul Furqan,
Madrasah Othmaniah, Tabika Kemas dan Pasti. Laluan seterusnya dari
lokasi baru boleh diteruskan ke utara, daerah Gombak begitu juga ke
Seri Muda dan Danau Kota.
6.2 Pusat Komuniti, Pusat Kesihatan dll
Pusat khidmat Masyarakat
yang dirancang dibina di kampung ini melibatkan lot-lot yang terdapat
banyak rumah, ianya kawasan perumahan. Pusat-pusat berkenaan boleh
dialihkan ke tanah lapang sekitar Sekolah Rndeh Agama Sayyidina Ali.
Lot ini adalah hakmilik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan – Lot PT
50567. Atau kemudahan ini dibina di tanah TOL berhampiran gudang getah
yang tidak berfungsi Lian Hin Rubber tidak jauh persimpangan berlampu
isyarat Jalan Gombak – Jalan Kampung Bandar Dalam.
6.3 Jalan-Jalan Kampung
Jalan raya terlibat
samada yang bagi sedia ada dan yang dalam perancangan, perlu
mengambilkira keperluannya dalam suasana sebuah perkampungai
tradisional, seperti lebarnya, kekerapan ia digunakan, dan faktor
keselamatan (maklumlah kampung!)
Oleh itu berdasarkan
kepada Draf Pelan terdapat jalan yang baru dicadangkan yang tidak
diperlukan dari segi kekerapan pengunaanya bahkan ia melibatkan
kemusnahan banyak rumah dan hartanah.
6.4 Cadangan Tambahan
Ada kewajarannya bagi
ppihak Bandar Raya merangka suatu agenda bagi membolehkan kampung ini
suatu destinasi pelancongan sambil mengekalkannya sebagai Kampun Melayu
Tradisi. Terdapat beberapa keistimewaan di kampung ini seperti
perusahaan membuat kain batik, perusahaan membuat keropok, kerja
membuat kompang, rumah tradisional, rumah antik.
6.5 Penambahbaikkan kepada prasarana dan kemudahan utiliti yang tidak memuaskan.
Dicadangkan juga pihak
Bandar Raya mengambilkira dalam pelan tempatan, 2020 Bandar Raya
tersebut untuk menaiktaraf kemudahan prasarana, bekalan utiliti dan
perkhidmatan yang wujud di kampung ini, seperti berikut :-
6.5.1 Masih ada jalan ke rumah penduduk yang tidak benar
6.5.2 Tekanan bekalan air yang terlalu rendah – adakala tidak ada bekalan langsung terutama pada hari cuti umum/awam
6.5.3 Perkhidmatan pembuangan sampah yang tidak bersistem dan menyulitkan.
6.5.4 Tiada tanda jalan/lorong
6.5.5 Pengedaran Surat yang tidak bersistem
6.5.6 Kawalan keselamatan
7.0 Bantahan / pandangan awam kami Barisan Bertindak Penduduk Melayu Kampung
Padang Balang bukan
bertujuan untuk menidakkan atau menolak seratus peratus pembangunan
yang akan dibawa ke kampung kami yang tercinta ini. Kami mahukan
pembangunan yang berperikemanusiaan, adil dan saksama, berteraskan
nilai islam, memanfaatkan (equiti hakmilik tanah) dan meningkatkan
taraf hidup kami penduduuk. Kami bukan penduduk SETINGGAN dan tidak
semua tinggal di “KAWASAN KEDIAMAN USANG”.
Begitu juga kami amat
mengharapkan supaya Dewan Bandar Raya mempunyai tanggungjawab sosial,
sensitiviti, keinsafan dan kesedaran untuk menjamin kelansungan kami
orang Melayu / Islam yang sebangsa dan seugama dengan Datuk Bandar.
Sedangkan ketika ini kita sudahpun menjadi kaum “minority” di tanah
tumpah darah sendiri. Apalah gunanya jadikan Kuala Lumpur bertaraf
dunia sedangkan kita juga berusaha tanpa kita sedari menjadikan orang
Melayu/Islam hidup melarat dan merempat di tanahair sendiri.
Tidak keterlaluan kalau
diandaikan pembangunan seperti ini seolah-olah diterajui oleh pihak
yang tidak suka melihat orang Melayu dan Islam maju dan berada di
Bandar Raya ini, siapa lagi kalau tidak Yahudi.
Sungguhpun demikian kami
penduduk sedia menghadap dan berbincang dengan pihak DBKL bagi
merealisasikan perancangan Kuala Lumpur 2020 Pelan Bandar Raya
membangunkan kampung kami, Kampung Padang Balang (berpakaian citarasa
bangsa dan budaya kita sendiri) dalam Bandar Raya Kuala Lumpur yang
Bertaraf Dunia.
PENGERUSI
BERSAMA BERTINDAK PENDUDUK KAMPUNG TRADISI MELAYU, KAMPUNG PADANG
BALANG & MAJLIS PERMUAFAKATAN KAMPUNG TRADISI MELAYU WILAYAH
PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.
Hj. Zainal Abidin b. Hj. Ma’as
Pengerusi
Jawatankuasa BarisanBertindak Penduduk Kampung Padang Balang
Sentul, Kuala Lumpur
Hj. Ishak b. Surin
Pengerusi
Majlis Permuafakatan Kampung Tradisi Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur