huh? semekom…
akhir2 ini ako agak sukar untuk mengepos blog buduh ako ini. karena akhir2 ini ako sedikit payah dalam erti kata mudahnya, kesukaran untuk beroda, ini karena ketidak adaan kenderaan rasmi ako, iaitu kancil buduh ako yg selama ini ako usung keulu keilir, sudahpun tamat tempoh khidmatnya dengan ako. ako telahpon kepatahan sayap ketika ini kerana tidak lah ako lagi punya akan apa2 sayap untok terus terbang di alam buana ini hendaknya. telahlah ako jual atau dengan ertinya ku campakkan beban tanggungan bayaran bulanan kancil tersebut kepada pemilik baru hendaknya. sekarang ini berkira2 kiralah ako untuk memilik tunggalkan pemilikan baharu kenderaan bersayap dan beroda, untuk mudahnya ako melayang seperti sediakala hendaknya. lalu keakhiran ini ako khabarkan berita ini kepada sang penjiwa tunggal iaitu ayahanda ako sendiri tentang perkhabaran dimana ako ingin miliki sebuah kenderaan lagi. walaupun ako sudah mempunyai seekor tenggiling jenama suzuki model vs125, tetapi tunggangan itu ketika ini sedang gering karena ako berlaku durja dan membikin tunggangan itu sugul dan tidak merasakan beliau hensem maka dengan itu merajuklah ia karena tidak ako jamah tubuhnya sekian lama.
merajuk lah ia tunggangan itu untuk bangkit dari lenanya yang amat panjang sekali, jika diukur panjangnya lena itu dengan pita ukur, maka habislah semua pita ukur di kamdar, maiden dan globe hendaknya. lapan belas purnama ako tidak menyentuh tubuh mungil tenggiling itu, sehingga kurap dan panaunya pun ako tidak endahkan.
Maka dengan sayugianya ako ingin bertanya kepada kenalan dan sahabatku sekalian, bertanyalah kalian jua kepada sepelusuk buana akan perkhabaran ini hendaknya, alangkah gembiranya jika ada antara kalian yang terdengar di cuping telinga atau terdengar kabar2 dari negeri atas angin akan kiranya sesiapa yang ingin menjual kenderaan Kelisa ataupun Kenari. bukanlah yang dimaksudkan ikan kelisa ataupun burung kenari yang bersiul, bodohlah kiranya mereka2 yang beranggapan demikian kiranya.
"Ane’… kasi kira ini table"
sayugia juga perkhabaran penting dan mustahak dari ketiadaan ako selama enam purnama ini karena sedanglah ako menyiapkan sabuah blog lagi kiranya. sesudah siap sahaja blog tersebut sepenuhnya, akan ku khabarkan jua kepada kalian rakan dan taulan di luar sana….
-Yang Celaru
AhHAHAhAhAHHA
kecelaruan mental ako semakin menjadi-jadi… percaya atau tidak ako termelekat dengan satu rancangan astro yang di pertonton setiap minggu dan berakhir semalam… Raja Lawak!
pergghh… ako tak pernah rasa nak mengundi untuk aper-aper rancangan sebelom nih… tapi sebabkan ako terlampau taksub dengan kebolehan makhluk satu nih dan bakat yang semulajadi dalam diri beliau telah membuatkan ako pon turut sama dengan segelintir pengundi-pengundi hantu untuk pemenang utama dan pentabalan Raja Lawak Astro iaitu YUS… AhAHHAhAhA
daripada aper komen yang diberikan setelah survey ako jalankan semalam dan pagi tadi… ader yang gembira dengan kemenangan yus dan ader jugak yang
"eleh dia dok jaja simpati kat orang untuk menang…" heikal (bukan nama sebenar).
sebenarnya ako rasa dari sudut hati ako yang kudus dan kusut nih… takder erti kater simpati kat situ… SIMPATI? ako rasa bender nih fair dan adil(samer jer)… dorang cakap pasal orang kesian dengan dia pasal dia anak yatim piatu, orang miskin dan lain-lain yang buat orang rasa sedey dan undi dia sebagai juara Raja Lawak….
sebab aper ako kater bender nih fair? semua peserta dah diberi peluang untuk balik ke kampong memasing dan tunjuk kat sumer saper mak bapak dorang, kat maner rumah dorang, macammaner rumah dorang, aper kejer dorang…. kan bender tu sumer dapat…
so aper yang hendak ditekankan disini ialah… aper yang tak adil? aper yang menagih simpati? takkan nak suro si yus nih jempot orang lain berlakon jadik mak bapak dia? tang maner tak adil kat sinih?
tentang komen dari juri profesional malam tu pulak untuk persembahan pertama si yus nih plak cukup menyakitkan hati ako, macamana orang macam dia bleh cakap yang yus buat lawak badut?
pada pemikiran logik ako, bila seseorang itu boleh membuatkan orang yang bebetul serius ketawa tak ingat dunia(contoh terdekat adalah bapak ako), itu adalah satu kebolehan yang tidak boleh disangkal lagik, dia berjaya memikirkan satu idea kat maner nak geletek penonton untuk ketawa, bukan seperti kenyataan juri pro yang terus terang mengatakan yang orang sedang mengetawakan dia(yus)… yang ako tak puas hati lagik… apsal biler tauke(salah seorang peserta) buat lawak lebih kurang samer lepas tu, menyanyi sambil tampil dengan watak seorang asli serawak, dia tak kata yang tauke tu badut… kenapa??? nampak sangat kat sinih ader satu sifat dikriminasi dan bias… tapi nasib baik otai lawak sabri yunus balas balik…
"saya rasa juri pro terlupa satu perkataan untuk komen tauke nih… badut"
kan fair dan adil… terpulang pada memasing nak menentukan saper yang terbaik… apsal ako tulis pasal bender nih pon ako tak tau… seperti biasa… biler ako rasa tak puas ati ako akan tulis dalam blog…
Untuk pusingan minggu lepas, hanya Yus sahaja yang menampakkan bakat semulajadi sebagai pelawak, bak kata Sabri Yunus, "lawak Yus ada originaliti sedangkan peserta lain menceduk dari idea orang lain."-mSTAR Online
Buat setakat ini Yus sahaja yang kelihatan konsisten dengan persembahan … Untuk kali ini aku nak cakap pasal program Raja Lawak yang kini sudah tinggal 6 …-http://www.nakaltitude.blogspot.com/
tapi ako bebetol puas hati… HAhAhAhAhahahAhAHAhAHAH tahniah untuk YUS!!!
-Yang Celaru
hUh???
saper lagik kawen??? yer encik shahur kawen pada minggu depan… dengan selamber beliau menjemput ako… kalau kat jb ker, gagah jugak gua nak pegik… sekali kawen di sabah… AHHAhAha giler gampang… sampai saner tulang rusuk kiri ko kener campak. eceh shahur, dah tak bazir semen kat dinding dah lepas nih… AHAHAHHAhAhA semoga kengkawan yang kawen dan yag dah pon kawen, kekal ke akhir waktu… perghh… 
gamba kawen shahir… ader muker ko sikit kot shah… aHAhHAHAhA
-Yang Celaru
Es ist nicht daß Vater einfach, der Nehmen die Zeit löst, als
Änderung genau erfolgt ist. Die junge Person, Ihr Defekt, die das
heißt, es dort ist, wird es nicht so, wenn Sie nicht wissen, ist
noch. Wenn Sie heiraten können, wenn Sie denken, daß wir wünschen,
tun Sie, um das Mädchen zu finden, lösen. Betrachten Sie mich, bin
ich alt, aber es ist glücklich. Wie Sie einmal jetzt gibt es I, ist
und wenn es die Tatsache findet, daß es fortsetzt, was, weil es Ruhe
ist, Sie das wissen, das nicht einfach ist. Aber Sie, das die große
Quantität an Zeit denken, warum, denken haben, es anfangen, völlig
zu betreffen. Wegen Sie seien Sie noch morgen hier, aber, Ihren Traum
zu verursachen, ist er nicht ohne das ‘ ê. I, wie möglich ist, die
Tatsache, der die Sohnumdrehungen mich zu der Zeit er für das zweite
mal erklärt und wird versucht. Daß dieselben vomselben die alte
Geschichte immer ist. Wenn ich mich von sprechen kann, wurde der, den
Sie, es hören, bestellt. Jetzt gibt es eine Methode und ich muß
abreisen, ich habe ge
父それは変更を行なう時間ちょうど緩めたり、取る容易なそれをでない。若者、それであるあなたの欠陥、そこにであるそんなにならない知らなければまだである。結婚できたらほしいと思ったら、女の子を見つけなさい、解決しなさい。私を見なさい、私は古いが、幸せである。私はあなたのよう一度今あるであり、何かを継続することを見つけたらそれが容易でないことを、知っている穏やかであるために。しかし時間を、たくさん考える、なぜ、考えるあなたが持っているすべてについてかけなさい。あなたのためにまだ明日ここにありなさい、しかしあなたの夢はかもしれなくない。私がいかにできるか息子は私が彼とき再度回る説明することを試みる。それは常に同じの同じ古い物語である。私が私を話すことができる時から聞くように命令された。今方法があり、私が立ち去らなければならないことを私は知っている。私は私が行かなければならないことを知っている。父それは変更を行なう時間ちょうど坐る、ゆっくり取るそれをでない。若者、それであるあなたの欠陥、そこにであるそんなに行かなければならないまだである。結婚できたらほしいと思ったら、女の子を見つけなさい、解決しなさい。私を見、私は古くが、幸せであり(私がこの決定をだけしなければならないことを否息子– 、私は知っていて-) 息子すべての時間、私が叫んだこと私が中知っていた事すべてを保つ、それは堅いが、それを無視することは堅い。それらが右、私は同意するが、それはあなたがない私を知っているそれらである。今方法があり、私が立ち去らなければならないことを私は知っている。私は私が行かなければならないことを知っている (父– 絶対必要がなぜか。この決定をだけする行くか滞在の滞在をとどまりなさい、)
memalit dusta di pintu syurga
kekasih paduka yang membawa gerhana
meniti cahaya sirna yang cela
hela nafas putus tak bersambung
kencana dewata pembawa derita
topeng derhaka menari-nari
kelubung duka serta beradu
sempuh kasih luknya rindu
siulan celaka memujuk nista
tohmah melayang yang terima adika
biarlah janji hembusan rindu
berkongsi nasib dengan sang hitam
gelora asmara menahan derita
helang pun datang
pipit pun pergi
bersatu di alam mimpi
yang aku pun kurang pasti
-Yang Celaru
27/2/2007
"Bukan melawan takdir, bukan berjudi nasib, tapi aku mengadu tuah"
:: dapatkan buku nukilan aku, "Bukan Melawan Takdir" yang kini di pasaran. untuk tempahan sila dail 019-3737 311.
tips-tips penting mengenal henset recon, guide a to z pasal memulakan perniagaan telefon bimbit dan beberapa benda lain untuk pengguna bumiputera.::
heh.. assalamualaikum…
aper cerit? taderk aper… dua malam lepas ako lepak dengan bo, nan dan kawan nan. nih ari sabtu nih nak pegik rumah soni nak tengok dia kawen, poyo nak tumpang dengan ako pegik sekali, satu kereta ako, awek ako dan poyo. beri-beri dah msg tanya ako pegik ker tidak… yer beri-beri ako pegik…
sebenarnyer taderk mender ako nak cerit kat sinih… ako tengah update laptop ako yang bongok nih… so sesambil tuh ako taderk buat aper terus jerk la ako bukak blog bongok nih untuk ludah sikit2 kat atas keyboard dan keluar ler bebender merepek yang korang tengah baca nih…
-Yang Celaru
ehehehhe assalamualaikum…
suniek nak kawen minggu depan nih pada ari sabetu…
ako mewakili pihak media cetak dan elektronik mengucapkan selamat kawen kepada suniek… ehehehe kawen… kawen….
semoga panjang umo dan murah rezeki serta bahagia keanak cucu cicit…
keluarga bahagia…
keluarga bahagia…
keluarga bahai…
-Yang Celaru
huh??? assalamualaikum…
heh? lamer seh tak tulis blog… enam belas ratus dah blog bongok nih diam jerk… aper citer gua skang???? gua skang tengah kembangkan perut gua untuk menjadi lebih buncit dan segar….
"aper citer mie..?" kata rosli kasim
ako? ako skang tengah setup menyet’up’ kedai sumbat ako… setelah abis dicat dengan kaler merah, ako bawak masok dua kaunter henfon, pasang grill dan cat kaler putih sekali, sekali-sekala dok umah korek idung dan goyang telur….
"ko bukak kedai per jack?" kata helmi saleh
kedai aper?? kedai henset, cc aka cyber cafe, jual bengbarang suvernior, agen tiket air asia dan feri indon. huh? bleh jalan ker??? risiko nyer???
hidop penuh dengan risiko… aper jerk lu buat, mesti lu akan terjebak dengan risiko, jenjalan pepetang kat tepi jalan raya pon risiko, minum teh kat coffee house pon ader risiko, bukan bisnes jerk risiko. perghhh!!! lu punyer bisnes budget besar meh, tala takot ka??
heh… makcik jual nasik lemak pon risiko, dia bangun pukol empat pagik masak nasik lemak, masak sambal ikan bilis, masak lauk ayam, masak rendang, pukul tujuh nak kuar rumah jerk hujan lebat giler babee!!! tak risiko ker tu????
desakan hidop yang ako rasa semakin hari semakin tua nih ler yang membuat ako pijak jerk anjakan drastik untuk memperjudikan nasib. kedai takder sewa pon, pasal kedai didirikan diatas tanah nenek ako… muAhAHAHhAhA takder risiko!!! AHAHhaHA
huh? semalam saper tengok melodi tv3?? ako tak tengok, tapi awek ako tengok, awek ako cakap radhi oag mengeluarkan kater2 yang boleh menggugat beliau di dalam karier beliau. yerler melodi pon mulut laser, pegik tanyer soalan yang panas semacam jerk… kan dah kener… awek ako cakap melodi tanyer radhi, joe flizzow dan rashmanu pasal kenyataan:
"ader orang cakap korang nih menjahanamkan bahasa melayu"- melodi
mengikot aper yang ako paham dari awek ako, joe dengan rashmanu jawab soalan tuh dengan cara yang boleh kira okei,yerlar dorang jawab untuk mendefence diri dorang,
"saya rasa lagu yang saya nyanyikan sampai dan dipahami oleh pendengar dan peinat saya" lebih kurang camtuh lar jawab joe flizzow.
"saya nyanyi lagu english pasal saya tak pandai nyanyi lagu melayu, saya tak berapa paham bahasa melayu" lebih kurang camtuh jugak kata rashmanu.
bagi ako jawapan yang keluar dari mulot dorang nih adalah jawapan yang boleh diagak akan keluar dari dorang oleh pemberi soalan (kalau tak silap ako lili ke aper namer wartawan tu). tapi jawapan dari radhi oag plak…
"ada orang cakap you all nih menjahanamkan bahasa melayu dalam lagu-lagu u all" -melodi
"SAPER CAKAP MACAM TU??? PEGIK JAHANAM LA DENGAN LU!! SUKA SUKA JER CAKAP!!" - radhi OAG
AHHAhAHAHHA kan dah kener, bagi ako cara macam nih larr yang paling berkesan untuk menjawab soalan, jawapan yang keluar tak terbayang dek kepala waras wartawan, mesti wartawan bongok tuh terkedu kener macam tuh dari radhi. ako bukanla peminat kipas susah mati radhi, tapi ako rasa memang kener ler dengan melodi untuk jawapan yang dorang terima tu, pasal kan dorang suker bender bender panas dan sensasi untuk rancangan dorang.
"aper komen pakcik sebagai ketua persatuan bahasa katak kilang kasut nih?" -tanya pak cik guard kilang tersebut.
komen ako? kengkadang dorang nih tak pukol rata dalam menanyakan soalan berbentuk pelajaran sekola macam tuh, yeler kenapa ler kalau bab menjahanamkan bahasa, menjahanam kan anak bangsa mesti dorang nak tuding kat bebudak yang jenis nyanyi lagu-lagu macam dorang bertiga tadi, kenapa soalan tuh tak tanya kat mawi ker, siti nurhaliza ker, macam la lagu-lagu dari artis yang nyanyi mendayu tuh betol tatabahasanyer, tak menjahanamkan bahasa, contoh paling senang la
"menyintaiiimuuu…" sebuah lirik lagu yang ako tak tau saper nyanyi.
perkataan ‘menyintaimu’ tuh salah, sepatutnya mencintaimu, tapi disebabkan untuk didengar melalui telinga dengan bunyik yang sedap, terpaksa tuka, kenapa macam tuh??
mengikut pengalaman masa ako bodoh dulu, masa ako belaja camner nak tulis sajak dna puisi dengan cikgu BM dulu, cikgu ako cakap, sesebuah puisi atau sajak di benarkan atau di ringankan dari kesalah tatabahasa selagi apa yang disampaikan masih dapat dipahami oleh pembaca sajak atau puisi tersebut, walaupun kengkadang sepatah haram pon tak paham dengan sajak tersebut. apsal ako bukak cerita sajak dan puisi untuk tajuk radhi ini tadi? yer… sebenarnya sesebuah lagu atau sebijik lagu itu adalah berdasarkan dan berasaskan dari sebuah puisi, puitis, sajak atau aper saja yang berkenaan dengan bender tu. cuma disini beliau telahpon dicampor adokkan dengan bawaan musik(muzik) dan nada intonasi penyampaian untuk sedap didengar halwa telinga.
so kesimpulan yang ako rasa yang dapat ako buat kat sinih, tak salah kalau sesebuah lagu melanggar hukum tatabahasa, selagi ia sedap didengar dan diterima oleh pendengar, pegik jahanam sama lu la!!! AHAHhAhAHAH untuk lebih paham korang boleh tanya pada encik syanizar aka bo, dia arif pasal musik nih.
kesimpulan diatas kesimpulan ini pula ialah, ekeleh… kalau jahanam jerk tanyer dengan bebudak yang nyanyi lagu jenis-jenis sakit jiwa, tapi orang yang nyanyi lagu jiwa-jiwa dan sehati sejiwa dengan wartawan tuh, dia taknak tanya plak… suker ati ko ler dik…
okies… chiao!!!
-Yang Celaru
perghh… sakit jiwa gua… huh? semekom…
ako baru balik jakarta. pergh… giler seh saner… masalah sosial dengan takder kejernyer, dengan orang merempatnyer, dengan sistem pengangkutan jalanrayanyer, dengan sistem penempatan penduduknyer… sumer serba serbi cukop kat saner. jakarta… kapitalism yang begitu ketara, di satu sudut, ruang orang yang kaya raya lepak, bersih… cantik… lagi satu sudut… dengan besepah sampah, orang tido tepi jalan bawah jambatan, dengan yang mintak sedekah kat traffic light, yang jual memacam kat traffic light, yang menyanyi dalam bas bawak gitar, sumer ader kat saner… sesak napas lu orang kalau dok saner lelamer… terima kasih malaysia…
ako dok jakarta dua hari, pastuh gerak pegik bandung, lalu ikot tempat namer dia Puncak, tempat dorang kater orang belakon cerita my heart, my heart my heart jugak tapi taraf hidup penghuni kat sana boleh tahan daif. setiap kali bas pelancong yang ako naik tu berenti, ader jerk orang datang jual barang2 memacam.
"pak beli ini pak, 50000 saja, dari pagi ngak jual apa-apa pak"
memang jenayah jiwa larr lu orang kat saner… yang layu tuh terus ler beli tanpa pikir panjang nak buat aper dengan rantai batu warna-warni, dengan pen buluh sampai seploh doploh batang, sedey sial hidop kat saner. pemandanngan cantik dengan kebun teh macam kat cameron highland, tapi biler perati dengan bebetol daif sial… tunggu jugak kot kot ader awek my heart lari-lari celah kebun teh.. tapi takderk… AhHAHAhAhA gampang aja…
bahasa dorang nih tak susah nak paham, tapi susah lu orang nak belakon macam dorang cakap… mesti lu orang kantoi punyer nak belakon macam orang saner… AhAHHAhA sial jerk… gampang kat saner maksud dia senang… kat sinih lu cakap gampang sesuker ati bleh kener lempang dgn orang tua2, butuh pun samer… saner butuh tuh macam celah bibir jerk melekat perkataan tu… kat sinih silap-silap cakap bleh masok court… AhAHHAhAh kelaka betol kehidupan yang berbeza nih…
pastuh sampai jerk bandung, pemandu pelancong tuh pon bawak la kitorang pegik gunung berapi, untuk upacara korban beramai-ramai… namer tempat tuh tangkuban perahu, pergh bau gampang kat situ sial… tapi tempat tuh cantik, sejuuukk, best untok lu orang belari bogel sekeliling kawah gunung berapi tuh… tapi yang tak bestnyer, ramai sangat orang dok datang nak jual barang… sampai takder maser lu orang nak menikmati pemandangan dan keindahan alam ciptaan tuhan itu seadanya…. eceh… AHHAhAhaHHA
pastuh dah sudah korban dua tiga orang orang tua, kitorang betolak pegik bandung, lepak bandung dua ari, saner pon best, banyak factory outlet, nih jerk satu yang pandai orang indon nih, dorang nih kira betuah la pasal banyak kompeni2 besar macam-macam jenama yang pilih negara dorang nih untuk bukak kilang kat saner. yerlar bayar buruh murah… yang ako kater pandai tuh adalah… macam satu kompeni tu suro dorang buat suar jin nih untuk 1000 unit dorang buat 1100 unit, lagik seratus dorang saw kiu jual kat bandung factory outlet dengan harga yang jauh murah dari yang kompeni tuh jual kat UK ke US ke, AhHAhAh best2… makcik2 yang ikot rombongan ako tuh sebok le beli beg berjenama dengan harga uptown danau… AhAHHAhA
ntah aper ako nak cerita lagik ako pon dah tak ingat… pasal dah seminggu lebey ako kat malaysia tercinta nih… dah ingat-ingat luper aper ako buat kat saner… aper-aper hal… caiyak la mesia~!!!
-Yang Celaru

